星期二, 七月 15, 2014

Dong Zong dan PERKASA Bukan Sama Serupa

Saya rasa ada ramai orang lagi yang tidak faham apa itu Dong Zong dan mereka ingat Dong Zong ini macam "PERKASA bagi kaum Tiong Hoa".

Namun faktanya Dong Zong bukanlah PERKASA.

Dong Zong adalah terdiri daripada lembaga sekolah-sekolah Cina Malaysia. Maksud sekolah cina ialah Sekolah Persendirian Cina dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

Misi Dong Zong adalah untuk memastikan kedudukan pendidikan bahasa Cina di Malaysia kukuh dan terbebas daripada ancaman-ancaman dari pihak extremis yang tidak menyukai idea Pluralism dan yang berpendapat bahawa hanya satu bahasa saja yang dapat menyatukan semua rakyat Malaysia.

Pihak expremis sentiasa ingin menghapuskan pendidikan bahasa-bahasa lain untuk memastikan rakyat Malaysia hanya mengetahui satu bahasa sahaja iaitu bahasa Malaysia. Bagi pihak extremis, bahasa-bahasa lain macam bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban dan lain-lain adalah halangan bagi perpaduan pelbagai kaum di Malaysia ini.

Pihak extremis telah mengabaikan satu fakta yang penting, iaitu nasib kaum Tiong Hoa di Indonesia. Waktu pentadbiran Suharto, pendidikan dan pengunaan bahasa Cina adalah diharamkan oleh kerajaan Suharto selama >30 tahun. Polisi ini dilaksanakan sehingga presiden Abdurrahman Wahid  memulihkan kedudukan Bahasa Cina di Indonesia.

Jadi ramai kaum Tiong Hoa terutamanya generasi baru di Indonesia sudah tidak tahu langsung bahasa Cina dan mereka sudah lama berbahasa Indonesia meskipun masa di rumah. Namun begitu, peristiwa yang melanggar ajaran Al-Quran seperti memperkosa, membunuh, merebut harta kaum Tiong Hoa masih berlaku pada tahun 1998 dan hanya kaum Tiong Hoa yang menjadi sasaran walaupun bila mereka faish bertutur dalam bahasa Indonesia.

Peristiwa anti kaum Tiong Hoa yang berlaku di Indonesia telah membukti bahawa bercakap bahasa yang sama tidak dapat menyelesaikan isu perkauman. Sebab adalah mustahil untuk semua orang berfikiran sama. Setiap orang individu yang berfikiran sendiri, bertutur bahasa yang sama tidak boleh menyatukan fikiran semua orang.

Tumpuan Dong Zong adalah pada kedudukan bahasa Cina, itu sahaja. Dong Zong mengakui  kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Negara, jadi Dong Zong tidak pernah membantah pendidikan Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah Cina. Sebenarnya pendidikan Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah Cina adalah amat lengkap.

Memperjuang untuk bahasa Cina bukanlah tindakan yang bersifat perkauman atau racist. Bahasa Cina bukanlah apa, cuma satu bahasa sahaja. Ada kaum Tiong Hoa yang tidak memahami langsung Bahasa Cina. Jadi bahasa Cina bukan mewakili kaum Tiong Hoa.

Sebenarnya, mana mana satu kaum pun boleh memasuki ke sekolah-sekolah Cina. Tambahan pula pelajar-pelajar sekolah Cina masih dapat belajar Bahasa Melaysia dan Bahasa English.

Pada masa kini, >10% daripada pelajar-pelajar sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina adalah kaum bukan Tiong Hoa. Ini membukti sekolah-sekolah Cina tidak pernah melarang kaum lain untuk belajar di sekolah Cina. Sekolah Cina bukan Sekolah MARA.

Saya harap pihak extremis jangan mempermainkan isu ini lagi.