Perayaan Bai Ti Gong adalah banyak popular di kalangan Kaum Tiong Hua yang bergolongan Hokkien tapi sekarang pun disambut oleh golongan-golongan lain. Maksud Bai Ti Gong ialah Sembahyang Kepada Tuhan Yang Maha Mulia. Bai Ti Gong ditulis dalam Bahasa Cina ialah 拜天公. Perkataan ini kalau dibaca dalam bahasa Mandarin ialah Bai Tian Gong, dibaca dalam Bahasa Hokkien pula ialah Bai Ti Gong, dibaca dalam Bahasa Kantonis ialah Bai Tin Gong.
Sempena meyambut peraayaan Bai Ti Gong. Saya telah menghasilkan satu puisi seperti yang di bawah. Saya mengharap semoga saudara-saudari boleh membantu saya meningkatkan kualiti puisi saya. Sekian Terima Kasih.
Waktu dah masuk tengah malam
Bunyi letupan mercun disana sini,
Buah-buahan, kuih-muih di atas meja,
Ti gong Kim dibakar di depan rumah,
Ambil joss stick menghadap langit,
Semua ini tanda bersyukur kpd tuhan