Saya agak terkejut apabila segolongan kaum Melayu di Malaysia langsung tidak berpengetahuan bahawa kewujudan kepercayaan Dato Kong 拿督公 di kalangan Kaum Tiong Hoa.
Kpercayaan Dato Kong adalah perkara biasa di masyarakat Tiong Hoa di Malaysia ini. Tokong kecil Dato Kong boleh dijumpai di kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya kaum Tiong Hoa, ataupun di kedai-kedai bisnes, ataupun di kilang-kilang. Kadang-kala di tempat parking kereta pun boleh nampak tokong kecil Dato Kong.
Apa yang istimewa tentang Dato Kong ini adalah patung yang disembah adalah kaum Melayu yang telah meninggal dunia. Bagi kaum Tiong Hoa, seseorang yang berhati baik dan ikhlas boleh mendapat kedudukan dewa selepas meninggal dunia. Jadi semua Dato Kong adalah insan yang dianggap berhati baik sepanjang hayatnya sebagai manusia.
Asal usul kepercayaan Dato Kong ini datang dari kepercayaan dewa tanah (Tu Di Gong 土地公) yang dah lama wujud di negara China. Tanggungjawab dewa Tu Di Gong ini adalah untuk menjaga keamanan kawasan tersebut. Nenek moyang kaum Tiong Hoa membawa kepercayaan tersebut ke Nusantara dan mereka melihat kaum Melayu pada masa itu pun mempunya kepercayaan yang agak sama iaitu kepercayaan Dato Keramat. Jadi adalah dipercayai bahawa masyarakat Tiong Hoa memasukan kepercayaan Dato Keramat ini dalam kpercayaan Tu Di Gong dan muncullah kepercayaan Dato Kong!
Saya agak kecewa apabila ada kaum Melayu yang salah faham apabila mereka nampak tokong kecil Dato Kong dan menggangap ini perbuatan masyarakat Tiong Hoa yang bermotif jahat untuk sengaja menghina agama Islam. Apabila mereka faham ini kepercayaan Dato Kong barulah mereka berlega hati.