显示标签为“Bahasa”的博文。显示所有博文
显示标签为“Bahasa”的博文。显示所有博文

星期二, 十一月 17, 2020

Kepercayaan Dato Kong di Malaysia

 Saya agak terkejut apabila segolongan kaum Melayu di Malaysia langsung tidak berpengetahuan bahawa kewujudan kepercayaan Dato Kong 拿督公 di kalangan Kaum Tiong Hoa. 

Kpercayaan Dato Kong adalah perkara biasa di masyarakat Tiong Hoa di Malaysia ini. Tokong kecil Dato Kong boleh dijumpai di kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya kaum Tiong Hoa, ataupun di kedai-kedai bisnes, ataupun di kilang-kilang. Kadang-kala di tempat parking kereta pun boleh nampak tokong kecil Dato Kong. 



Apa yang istimewa tentang Dato Kong ini adalah patung yang disembah adalah kaum Melayu yang telah meninggal dunia. Bagi kaum Tiong Hoa, seseorang yang berhati baik dan ikhlas boleh mendapat kedudukan dewa selepas meninggal dunia. Jadi semua Dato Kong adalah insan yang dianggap berhati baik sepanjang hayatnya sebagai manusia. 

Asal usul kepercayaan Dato Kong ini datang dari kepercayaan dewa tanah (Tu Di Gong 土地公) yang dah lama wujud di negara China. Tanggungjawab dewa Tu Di Gong ini adalah untuk menjaga keamanan kawasan tersebut. Nenek moyang kaum Tiong Hoa membawa kepercayaan tersebut ke Nusantara dan mereka melihat kaum Melayu pada masa itu pun mempunya kepercayaan yang agak sama iaitu kepercayaan Dato Keramat. Jadi adalah dipercayai bahawa masyarakat Tiong Hoa memasukan kepercayaan Dato Keramat ini dalam kpercayaan Tu Di Gong dan muncullah kepercayaan Dato Kong!

Saya agak kecewa apabila ada kaum Melayu yang salah faham apabila mereka nampak tokong kecil Dato Kong dan menggangap ini perbuatan masyarakat Tiong Hoa yang bermotif jahat untuk sengaja menghina agama Islam. Apabila mereka faham ini kepercayaan Dato Kong barulah mereka berlega hati. 






星期一, 十月 26, 2020

Kepercayaan 'Tian' 天 di antara Kaum Tiong Hoa




Baru baru ini, saya mendapat tahu bahawa agama Kapitayan adalah agama kuno di Nusantara terutamanya di Pulau Jawa. 

Agama ini sudah wujud di kepulauan Nusantara selama beberapa ratus tahun sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha. 

Selepas agama dari India datang ke Nusantara, kebanyakan penduduk penduduk di Nusantara mulai menjadi penganut agama Hindu ataupun Buddha. 

Keadaan ini kekal sehingga kedatangan agama Islam. 

Pada zaman masa sekarang, kebanyakan penduduk-penduduk di Kepulauan Nusantara adalah muslim, ini merupakan hasil kedatangan Islam ke kawasan sini sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Raja-raja yang memeluk Islam dan rakyat-rakyat terus ikut teladan mereka dan memasuki Islam.

Ciri-ciri agama Kapitayan adalah penganut-penganut Kapitayan percaya kepada Tuhan Maha Esa yang tidak mempunyai segala bentuk - Sang Hyang Taya - yang 1. tidak terbatas, 2. tidak dapat difikirkan dan 3. tidak dapat dibayangkan. 

Apabila saya mengetahui kewujudan kepercayaan ini, Tian 天 terus timpul dalam fikiran saya. Apa itu Tian?

Tian ada beberapa maksud dalam Bahasa Tiong Hoa , maksud pertama adalah 'langit', maksud kedua adalah 'hari', akan tetapi, dari zaman kuno sampai sekarang, kaum Tiong Hoa tidak pernah melupai satu lagi maksud - iaitu 'Tuhan yang Maha Esa'. 

Maharaja-maharaja Tiong Kok pada zaman dahulu menganggap mereka sebagai 'Anak Tuhan' 天子. Adalah tanggujawab mereka untuk mempersembah Tian setiap tahun sekali (itu secara umumnya, ada kecualian juga sebab sejarah Tamadun Tiong Hoa terlalu panjang beberapa ribu tahun). Tadisi demikian hanya terputus apabila dinasti Qing jatuh pada tahun 1911. 

Akan tetapi, pada zaman sekarang, kaum Tiong Hoa masih memegang kepercayaan ini dengant kuat. Contohnya, kaum Tiong Hoa selalu mengunakan peribahasa tersebut - 1. "Tian tidak akan biarkan kita menemui jalan buntu", ataupun 2."insan yang baik hati walaupun dibuli orang, tetapi Tian tidak akan buli dia". 

Sebenarnya banyak tamadun di dunia sejak lama sudah mempunyai kepercayaan yang lebih kurang sama, yang lain kitab dan bentuk kumpulan sahaja. 




星期三, 二月 03, 2016

Bahasa Tidak Patut Dijadikan Alat Kebangsaan



Pendapat saya terhadap kalangan ini - http://thevocket.com/bila-lelaki-india-lebih-memahami-kepentingan-bahasa-malaysia

Konsep penulis dah salah. bahasa tidak sepatutnya dijadikan satu alat untuk memupuk jiwa kenegaraan. Konsep itu sudah outdated.

Malaysia bukan negara Melayu, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dengan kaum Melayu sebagai kaum majoriti.

Kita boleh menggalakkan kaum minoriti untuk belajar Bahasa dengan sukarela , dengan bertujuan untuk dapat berinteraksi dengan kaum manoriti, tetapi kalau saja memberitahu kaum minoriti bahawa “sini tanah melayu, jadi kalian harus belajar bahasa kami dan kami tidak perlu memahami segala pengetahuan berkaitan dengan kaum minoriti”, maka sikap ini akan merosakkan perpaduan kaum.

Kita cuba melihat serajah, pada Zaman Kesultanan Melaka, Bahasa menjadi Lingua Franca secara semulajadi, pihak Kerajaan Melaka tidak langsung memberikan “status kebangsaan” kepada Bahasa.

星期二, 九月 29, 2015

Isikan Borang Ini Untuk Membantah Pendapat Memansuhkan Sekolah Vernakular

https://docs.google.com/forms/d/1zri6vtyO_4y56YrJYcr_eeXjKTpcgtV9HP24NIknDIU/viewform?c=0&w=1

Di bawah adalah komen saya tentang isu ini:

1) Untuk menjamin keharmonian pelbagai kaum, segala polisi kerajaan haruslah berdasarkan fakta, bukan perkauman.

2) Untuk memupuk perfahaman di antara pelbagai kaum. Selain daripada mendoring kaum minoriti untuk memahami agama, budaya, bahasa dan sejarah kaum majoriti dengan lebih mendalam, kerajaan juga harus mendorong kaum majoriti untuk memahami agama, budaya, bahasa dan sejarah kaum minoriti dengan lebih mendalam. Cara-cara ini adalah "Mutual Understanding".

3) Bilangan pelajar kaum bumiputra adalah amat besar dalam sekolah vernakular. Salah satu contoh adalah terdapat 10% pelajar S.R.J.K (c) adalah kaum bumiputra. Ini adalah bukti S.R.J.K(c) tidak menerima pelajar daripada kaum yang tertentu sahaja.

4) Sekolah satu aliran akan diterima oleh semua kaum Malaysia sekiranya murid-murid boleh belajar dengan bahasa ibunda mereka, termasuk mereka yang duduk di Sabah dan Sarawak. Ini merupakan hak mengguna bahasa ibunda demi mendapatkan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan.

星期一, 九月 28, 2015

Sekolah Vernakular Tiada Kena-Mena Dengan Perpaduan Kaum

Foto Dari Internet


Apakah itu "perpaduan"? saling kenal-mengenali? Menjadikan semua orang utk berpendapat sama? memaksa kaum minoriti berhenti menikmati makanan mereka? memaksa kaum minoriti berhenti menggunakan bahasa ibunda mereka demi mendapat ilmu?

Orang yg i
ngin memansuhkan sekolah vernakular ini sentiasa mengabaikan fakta2 penting seperti: terdapat 10% pelajar di sekolah vernakular adalah terdiri drpd kaum bumiputra.

Mereka tidak pernah melihat "kepelbagaian" budaya dan bahasa sebagai "senjata" yg paling kuat utk Malaysia. Mereka hanya ingin melihat Malaysia sebagai negara diorientasi oleh "satu-budaya-bangsa-agama". Inikah "perpaduan"?

Tahukah anda sebenarnya ramai kaum tiong hoa yg amat expert dlm penggunaan Bahasa. Kebanyakan buku cina-melayu dan vice versa adalah diterjemahkan oleh expert2 kaum tiong hoa termasuk kamus tiong hoa-bahasa. Tapi jarang terdapat kaum lain yang boleh jadi expert dlm bahasa tiong hoa. Adalah fenomena ini merosakkan "perpaduan" kita?

星期一, 五月 25, 2015

Fahaman Yang Salah Tentang Atheist

Saya mendapati bahawa sesetengah orang tidak berapa faham apa maksud sebanar Atheist. Mereka anggap orang yang tidak suka/percaya kepada agama adalah golongan Atheist. Fahaman ini adalah tidak betul.

Atheist pun ada kepercayaan. Kepercayaan mereka adalah Evolution, Science dan Tiada Tuhan.

Terdapat juga orang yang mempercayai kepada Tuhan dan Nabi-Nabi. Mereka berpendapat bahawa agama itu ciptaan pengikut Nabi-Nabi demi kepentingan mereka sendiri. Kadang kala mereka saja mahukan kuasa. Nabi-nabi saja ingin menunjuk jalan ke kebenaran tetapi Nabi-nabi tidak pernah hendak mencipta agama yang bersifat Institutional. Kita tidak sepatutnya memanggil orang seperti ini sebagai Atheist. Mereka masih percaya kepada Tuhan.


星期六, 二月 07, 2015

Kenapa ada Kaum Tiong Hoa tidak betutur Bahasa dengan fasih

Indonesia bukan contoh yang baik sebagai "Satu Negara, Satu Bahasa". Selama berpuluh puluh tahun mereka melarang penggunakan bahasa ibunda dengan cara zalim. Dan ia tidak membantu perpaduan kaum langsung. Pada tahun 1998, ramai Kaum Tiong Hoa telah dibunuh walaupun kebanyakan mereka sudah tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda sendiri.

Itu sebabnya apabila Gus Dur menjadi Presiden, beliau terus membatalkan larangan bahasa Tiong Hoa. Gus Dur sendiri pun tahu bahawa larangan itu tidak berperikemanusian. Beliau sebagai tokoh agama memang tidak berat hati nak meneruskan polisi yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sekarang pendidikan bahasa Tiong Hoa sudah berkembang cepat di Indonesia.

Kita dapat lihat apabila Indonesia tidak main konservatif lagi, ekonomi mereka berkembang dengan cepat. Itulah "The Power of Pluralism".


Kita tidak boleh asyik bandingkan negara kita dengan Indonesia. Kita banyak kali berjaya daripada Indonesia dalam apa-apa bidang pun.

Di antara negara ASEAN, kita hanya di belakang singapore. Sebab dari zaman merdeka sampai
sekarang, kita adalah masyarakat yang Plural (walaupun ramai Orang Nasionalis tidak suka dengan ini).

Indonesia merdeka dengan perperangan, manakala kita merdeka dengan perundingan.

Cara Indonesia sudah dibuktikan tidak berkesan. Disebabkan pengunaan cara yang salah, Indonesia dipimpin oleh diktator dan telah mundur selama berpuluh-puluh tahun. Indonesia hanya mulai nak berterbang semasa zaman pemerintahan Susilo. 


Bahasa adalah digunakan untuk kemudahan, bukan digunakan untuk melambangkan satu negara. Masa Kesultanan Melaka, Bahasa menjadi Lingua Franca dengan secara natural atau organik, bukan kerana ia diberi status bahasa kebangsaan.

Tapi saya boleh pasti bahawa setiap kaum Tiong Hoa mengetahui bahawa adalah suatu perkara yang bermanfaat kalau mereka dapat menguasai sebanyak bahasa yang mungkin. Tetapi ini bukan perkara yang mudah. Bukan semua orang dapat belajar bahasa asing dengan cepat.

Salah satu sebab kaum Tiong Hoa tidak dapat bertutur bahasa dengan fasih adalah mereka tidak berpeluang utk menggunakan BM sejak keluar dari sekolah menengah. Kebanyakan kaum tiong hoa mencari makan di sektor swasta dan sektor swasta sering menggunakan English sebagai bahasa pekerjaan.

Bagi kaum Tiong Hoa yg bekerja di sektor awam atau GLC, mereka dapat bertutur BM dengan baik sebab mereka hari-hari menggunakan bahasa itu. Tetapi tidak ramai kaum Tiong Hoa yang berpeluang memasuki sektor awam dan GLC sebab kebanyakan jawatan kosong adalah "reserved" untuk kaum bumiputra sahaja.

Bagi kaum Melayu, bertutur dalam BM adalah suatu perkara yang natural sebab BM merupakan bahasa ibunda mereka. Jadi kalau kaum melayu berkerja di sektor swasta yang menggunakan English, pun tidak apa, ia tidak akan menjejaskan tahap kemahiran BM mereka.


Soalan kaum Tiong Hoa tidak ingin belajar Bahasa itu tidak wujud. Mana-mana jenis sekolah tempatan pun diwajibkan oleh kerajaan untuk mengajar Bahasa Malaysia. Mungkin cara pelajaran itu kena diubah sikit supaya lebih mementingkan Pertuturan daripada Pembacaan dan Penulisan.

Pelajar yang bahasa ibundanya bukan BM (termasuk Iban, Kadazan DLL) haruslah diajar BM dengan teknik "Second Language". Teknik ini sudah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar di bidang pengajaran. Teknik ini pun sedang digunakan di banyak negara.

Selain daripada itu, BM harus dijadikan Bahasa Ilmu, bukan setakat di Bidang Islam sahaja, tetapi di bidang lain seperti sains mode, agama lain, falsafah barat DLL. Bila BM sudah menjadi kuat, maka sektor swasta akan mulai menggunakan BM dengan lebih kerap. Dan pada masa itu BM akan berpeluang untuk menggantikan kedudukan English di sektor swasta.

Di samping tu, kerajaan harus mengurangkan ketidakpuashatian kaum Tiong Hoa dengan membantu rakyat secara buta kaum. Kerajaan juga harus mengambil lebih pekerja awam kaum bukan bumi.

Jarak BM dengan English memang besar sekali, jadi dalam masa yang singkat ini kita tidak dapat melihat perubahan yang besar. Tetapi kita boleh mulai dengan mengubah cara pengajaran BM dulu. (kepada mereka yang tidak cakap BM di rumah)

 
Pada pengetahuan saya, waktu kita merdeka, sebahagian besar ekonomi kita masih terdapat di tangan "foreign capital" selama 70%! (Saya adalah merujuk kapada statistik dalam buku - Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan).  Syarikat-syarikat besar masa itu semua dari luar negara.

Selepas kejaraan mulai beruntung besar daripada jualan Petroleum, kerajaan telah berjaya "menasionalkan" semula semua aset-aset yang terdapat di tangan syarikat luar negara itu.

Jadi pihak yang menguasai ekonomi negara kita sekarang ialah semua GLCs.

Bagi kaum Tiong Hoa, sejak dulu sampai sekarang keadaan tidak berubah, tidak menjadi lebih teruk tapi tidak menjadi lebih baik juga. Sebahagian besar kaum Tiong Hoa masih terperangkap dalam bidang SME( Small to Medium Enterprise)


Ada orang yang mengatakan bahawa Kaum Tiong Hoa tidak suka bersyukur kepada kerajaan.  

Bersyukur itu memang salah satu nilai murni kaum Tiong Hoa.

Kaum Tiong Hoa biasanya bersyukur kepada Tuhan, kepada dewa-dewi, kapada ibu bapa, kawan-kawan, pekerja-pekerja DLL, cuma tidak biasa bersyukur kepad kerajaan. Peranan kerajaan adalah untuk mengendalikan negara dengan
baik. Tetapi apa yang berlaku ialah kerajaan suka memainkan isu perkauman. Kadang kala strategi kerajaan hanyalah untuk membantu satu kaum sahaja, kaum lain semua tidak dapat bantuan yang sama. Dengan begitu mustahil kaum tiong hoa nak menghormati kerajaan, sebab semua orang tahu bahawa semua kaum ada orang yang memerlukan bantuan.

Bersyukur ini dari hati kita.


1) Kita tidak boleh memaksa seseorang itu bersyukur. Itu bukan syukur yang ikhlas.
2) Kita harap seseorang itu bersyukur, tetapi kita tidak rasa "shiok" jika orang itu tidak bersyukur dan kita nak menghukum orang itu sebab dia tidak bersyukur. Ini tidak betul. Ini kita panggil paksaan.


星期五, 一月 23, 2015

Tuhan dan Agama

Tuhan itu Tuhan. 

Tuhan akan tetap berada di sana tanpa segala agama. 

Semua agama ciptaan manusia. 

Apa yang manusia perlu tahu ialah cara-cara untuk mendekati Tuhan.

Cara-cara untuk mendekati Tuhan mungkin boleh diperolehi dari buku, tetapi kita sendiri perlu melatih
juga.


Lama-kelamaan kita tentu akan boleh merasai "Tuhan" kalau lama melatih cara-cara mendekati Tuhan. 

Tetapi tidak mungkin kita dapat mengenali 100% Tuhan sebab kita hidup dalam 3 Dimensi, Tuhan mestilah wujud di Frekunsi dan Dimensi yang lebih tinggi. Hanya di Dimensi yang lebih tinggi kita dapat melihat SEMUA kejadian di SEMUA masa. Cuba bayangkan kita sebagai semut yang sedang merangkak dari tempat A ke tempat B, dan Tuhan adalah seorang manusia yang dapat melihat kita merangkak.

Yang malang sekali, ramai orang melihat agama sebagai "permainan monopoli". Kalau kawan-kawan dia menukar agama dan masuk agama dia, dia rasa syok dan dia rasa sudah "menang"! Kalau kawan-kawan dia keluar dari agama dia, dia akan rasa "upset" sehingga tendang kawan itu! Adui!

Kalau sendiri rajin melatih dan dapat menyaksikan keindahan yang dikurniakan oleh Tuhan, itu rezeki sendiri. Adalah tidak bijaksana beremosi bila kawan keluar/masuk agama sendiri. 

Kalau seseorang betul-betul percaya kepada Tuhan, walaupun satu hari semua orang dah meninggalkan agama dia, dia tetap akan terus mempercayai agama dia. 


Inilah penganut yang betul-betul ikhlas!

Tuhan = God = Pencipta dunia ini yang tiada orang dapat membukti kewujudanNya. (kita hanya boleh percaya atau tidak percaya).

Agama = Organisasi. Sesiapa yang masuk organisasi agama ini dapat belajar ajaran agama dan cara-cara mendekati Tuhan secara berkumpulan.

Belajar secara berkumpulan merupakan perkara yang baik sebab lebih berkesan.

Dalam organisasi agama, terdapat orang yg dilihat lebih pandai daripada orang lain dalam memahami ajaran dan cara-cara mendekati Tuhan, jadi orang yang "lebih pandai" ini akan menjadi guru atau tokoh agama.
 

Ini tidak baik untuk mereka yang bukan tokoh sebab mereka akan malas memikir dan selalu bergantung kapada tokoh-tokoh agama dalam pelajaran agama. 

Kita mesti tahu setiap manusia dianugerahkan oleh Tuhan kemahiran untuk memikir secara radional , adalah amat membazir jika manusia tidak menggunakan kemahiran ini.

Dalam organisasi agama, disebabkan terdapat ramai member, maka wujudnya politik, jadi tokoh-tokoh agama terpaksa mencipta peraturan-peraturan untuk "maintain the order". Tetapi sampai sekarang manusia masih gagal mencari cara yg berkesan untuk menghapuskan isu politik dalam agama. 


Setiap organisasi besar mesti ada politik. Tokoh-tokoh pun manusia juga, ada yang baik ada yang tidak baik (melainkan mereka yang boleh menerima mesej dari Tuhan tetapi bila "messengers" sudah meninggal maka timbulah masalah seperti pengikut yg terdekat dengan "messengers" memanipulasi ajaran guru dengan tujuan untuk memuaskan nafsu sendiri terutamanya nafsu dalam kuasa dan nama. Salah satu contoh adalah St. Paul yg dikata memanipulasi ajaran Jesus Kristo. Terdapat banyak lagi contoh tersebut di agama lain juga).

Apa yang saya ingin kata ialah, agama pada mulanya bertujuan "belajar ajaran dan cara-cara mendekati Tuhan secara berkumpulan". Tetapi malangnya selepas bilangan member di organisasi agama bertambah, ramai "member" telah terlupa kepengtingan belajar dan melatih, "instead" mereka sering semak "member" lain sama ada mereka ada ikut peraturan agama? ada buat salah kepada organisasi? mereka beremosi dengan benda-benda yang tidak penting dan tiada kena-mena dengan menguatkan tahap rohani mereka. Mereka malas berfikir rasional dan menyerah interpretasi ajaran kepada orang lain. 

Pandangan seorang bukan muslim terhadap "Buddha menyebar ajaran Islam"

Ajaran Buddha ini fokus dalam mencari diri-sendiri yg benar. Dan diri sendiri yg benar adalah Tuhan.

Cuba bayangkan Tuhan ialah Lautan, dan diri sendiri benar kita ini titisan dari Lautan, jika kita dapat mencari diri sendiri yg benar, maka kita dapat mencari Tuhan.

Tuhan ada dalam diri kita, tapi kita perlu membuat latihan minda melalui meditasi. Islam bertujuan yg sama dengan cara berdoa atau "Sufi-whirling". Confucianism pun bertujuan yg sama dengan cara mengawasi reaksi sendiri terhadap setiap peristiwa. Christian pun bertujuan yang sama dengan cara berdoa juga.

Kalau kita hanya fokus dalam cara-cara mendekati Tuhan, maka tiada perbezaan lagi di antara agama. Sekarang perbezaan ditekan kerana kita terlalu fokus benda luaran seperti "sejarah agama tidak sama lah" , "asal usul agama tidak sama lah", "tempat sembahyang agama tidak sama lah", dan lain-lain. Jadi adalah orang yang selalu berpendapat bahawa agama dia yang paling betul, yang satu-satunya  yang boleh membawa "Truth" , dan agama yang lain semuanya sesat dan terpesong.

Adakah ini semua penting untuk manusia?

星期四, 一月 22, 2015

Pandangan Seorang Bukan Muslim yang ber"Kepercayaan" terhadap Agama

Kepada orang Muslim, Quran adalah "Truth". 
 
Kepada orang bukan Muslim yang beragama, mereka masing-masing ada kitab suci yang juga sebagai "Truth".

Sebagai fakta, keajaiban terdapat di sejarah semua agama. Saya boleh kata "setiap agama dicipta kerana manusia mengalami perkara keajaiban".

Perbezaan di antara pelbagai agama cumanya satu:
orang Muslim merujuk kepada Quran dan orang Bukan Muslim merujuk kepada kitab suci agama dia sendiri.

Kalau saudara pernah mengaji kitab-kitab agama lain seperti Holy Bible, Vedas, I-Ching dan lain-lain, saudara pasti boleh mendapati bahawa kitab-kitab suci tersebut amat menakjubkan seperti Quran juga.

Dan Itu merupakan sebabnya penganut agama terus percaya kepada agama mereka. Mereka melihat agama mereka itu agama yang penuh dengan keajaiban.

Saya sebagai Bukan Muslim, saya pernah dan akan terus membaca Quran. Walaupun manusia tidak dapat membukti kewujudan Tuhan, tetapi saya tetap percaya kepada Tuhan.

Sebagai seorang Bukan Muslim, saya berpendapat bahawa semua agama di dunia ini tetap dapat membawa Truth kapada manusia. Ada sebabnya Tuhan mengizinkan begitu ramai agama wujud di bumi. Seseorang hanya perlu pilih yang mana satu agama (ajaran) paling sesuai untuk dia sendiri.

Keindahan agama adalah bukan "apa yang disuruh boleh buat dan disuruh tidak boleh buat", bukan "apa yang disuruh boleh makan dan yang disuruh tidak boleh makan", bukan "asyik berfikir sama ada boleh saya memasuki syurga selepas meninggal dunia",

Keindahan agama adalah penganut berpeluang untuk belajar cara-cara untuk mendekati Tuhan. Solat, Meditation, Sufi-whirling dan banyak lagi (ya banyak lagi di banyak agama, kalau ada masa sila kaji) adalah antara cara-cara yang membolehkan kita untuk merasai kewujudan Tuhan.

Salah satu lagi cara untuk mendekati Tuhan ialah sama ada kita masih percaya kepada Tuhan bila kepahitan hidup datang menghempas. Salah satu contoh ialah untuk berfikir secara rasional meskipun sudah marah dan tidak membuat judgement terhadap sebarang perkara.

Tiada seseorang yang beragama pun boleh menafikan bahawa Mendekati Tuhan adalah perkara yang terpenting sekali dalam agama mereka.

Jadi adalah amat extreme seseorang itu mengatakan bahawa agama lain adalah terpesong.

星期一, 十月 20, 2014

Ajaran Buddhism yang paling asas

Dari forum2 Facebook saya mendapati bahawa ramai kaum Melayu di sini tidak faham langsung ajaran Buddhism. Dan mereka sentiasa keliru dengan Buddhism dan Budaya Cina. Jadi saya cuba menerangkan di forum2 demikian. Dan di blog ini sekali lagi saya akan copy and paste apa yang saya telah terangkan. Saya harap penerangan saya akan memberi sedikit pengetahuan asas kepada pembaca2 artikel ini.

1) Sebernanya kalendar haiwan yang digunakan oleh kaum Tiong Hua dulu tiada haiwan. Yang pentingnya bukan haiwan, tapi maksud 12 belas "unit"(di zhi) itu. Haiwan di sini merupakan simbol untuk orang hafal 12 unit itu dengan mudah. 12 unit(di zhi) itu biasanya mewakili 12 bulan. Kalau tambah dengan 10 tian gan, 1 tian gan + 1 di zhi mewakili 1 tahun, sampai ke 60 tahun.. Lepas 60 tahun, maka mula satu circle yang baru. Itu kalender Cina.

2) Aliran Teravada Buddhism yang memasuki China dulu, tetapi aliran ini tidak berapa popular di China sebab cara pemikiran aliran itu tidak match dengan cara pemikiran orang China. Lepas itu aliran Mahayana Buddhism masuk China dan ajaran Mahayana diterima oleh ramai orang China sebab ada persamaan di antara Mahayana Buddhism dengan Tao dan Confucianism di China. Lepas tu Buddhism di China menghasilkan aliran yang unik sekali yang hanya terdapat di china iaitu Zen Buddhism (Chan).

Kini walaupun ramai kaum Tiong Hua di Malaysia kata mereka Buddhist, tetapi sebenarnya mereka penganut Confunianism, Tao, Buddhism dan Shamanism (bomoh).

3) Buddhism ada konsep2 seperti lapan lapisan kesedaran(consciousness). Org biasa hanya dapat mengesan lima lapisan yang pertama.. Kalau lama practice meditation dengan cara yang betul seseorang itu boleh merasai lapisan keenam iaitu 6th sense. Mungkin boleh menperolehi kuasa ajaib di tahap ini juga..tapi itu tidak penting sebab apa2 kuasa mungkin corrupt minda seseorang jadi Buddha kata jangan pedulikan kuasa yang you peroleh. Kian lama melatih kian dapat memasuki lapisan yang lebih mendalam lagi iaitu kesedaran ketujuh dan kelapan yang umpama Subconscious Mind tapi dalam kontext Buddhism terdapat banyak lagi function bagi lapisan ketujuh dan kelapan. Lapisan kelapan itu kita panggil Ayala Consciousness dimana di sini karma kita disimpan dan akan dibawah ke next life. Proses ini tidak akan berhenti walaupun u sudah meninggal , ia akan berhenti bila u dapat Enlightenment dan tidak perlu lagi dilahirkan. Karma itu sebernanya reaksi anda ke atas sesuatu perkara.

4) Buddha tidak ajar kita sembah tuhan...Buddhism itu ajaran spiritual...untuk belajar proses2 minda kita....nak tahu lebih banyak kita kena practice Meditation iaitu sunyikan minda anda.sehingga tidak ada apa2 pemikiran lagi...itu latihan kena buat selama-lamanya sehingga u boleh mencapai "tidak ada permikiran langsung" dengan mudah..sampai ke satu tahap dimana sebelum apa2 emosi seperti kemarahan atau kegembiraan muncul, u dpt mengesan emosi2 itu n tahu punca2 emosi itu dgn pantas sekali, sampai u dpt membuat keputusuan macamana nak handle emosi2 itu...Dan itu0 belum lagi Enlightenment... nak Enlightenment... u kena merasai lebih mendalam lagi.

星期四, 十月 16, 2014

Kadangkala tiada kena mena dengan Racism


Satu hari saya ternampak iklan ini di Gemencheh atau Gemas(dah lupa yang mana satu). Syarikat ini nak mengupah Graphic Designer, tetapi kerja ini hanya terbuka kepada kaum Melayu sahaja.

Saya tidak rasa ada apa yang tidak betul dengan iklan ini. Saya tidak marah pun. Mungkin syarikat itu ada sebabnya untuk mengambil kaum Melayu sahaja. Tapi saya jangka kalau iklan ini disebar di Internet, mestilah dia jadi topik hangat dan ramai orang akan mengutuk bahawa syarikat ini "Racist". Sebab syaratnya bukan Bahasa, tetapi Kaum. Kita boleh belajar mana2 satu bahasa bila2 saha, tetapi identiti kaum kita sudah ditetapkan oleh Tuhan semasa kita lahir. 

Ada syarikat yang hanya ingin mengupah orang yang fasih Bahasa Mandarin atau boleh membaca/menulis dalam Bahasa Cina. Ini pun tidak berunder perkauman. Sebab diaorang tidak menghad kepada sesuatu kaum sahaja. Pada hari ini, ramailah kaum Melayu dan India atau Iban/Sandakan yang pandai bercakap Bahasa Mandarin. Seramai 13% pelajar di SRJKC adalah terdiri daripada kaum bukan Cina dan kebanyakannya kaum Melayu. Jadi, kalau kefamaman bahasa itu dijadikan syarat untuk diupah, tidak semestinya perbuatan ini bersifat perkauman.

Sebenarnya, asas negara kita dari hari yang pertama sudah berunsur perkauman. UMNO itu wakil Melayu, MCA wakil Cina, MIC wakil India. DAP pun dianggap sebagai wakil cina pembangkang. Setiap tahun bajet/belanjawan mesti ada agenda-agenda yang membantu bumiputra. Yang kita tahu, banyak sektor yang hanya menerima Kaum Melayu sahaja. Nak ambil kerajaan punya kontrak? Pasti kena melalui kaum Melayu. Ini semua bukan rahsia. Ini seluruh dunia pun tahu.

Syarikat ini agensi kerajaan kot? Ha ha.

星期六, 八月 16, 2014

Sedikit Sebanyak Pandangan tentang Sekolah Cina di Malaysia

Pada umunya, rakyat Malaysia amat bersopan santun dan bertimbangan rasa. Itu pencapaian yang cermelangan walaupun Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mempunyai agama dan budaya yang berlainan di antara satu sama lain.

Tetapi terdapat juga orang yang berfikiran terlampau. Sebagai contoh , terdapat golongan yang selalu kutuk bahawa sekolah cina merosakkan perpaduan rakyat. Pendapat saya mereka ini memang berfikiran sempit dan tidak tahu apa maksud rasional.

Pertama sekali, apa salahnya kaum Tiong Hoa di Malaysia belajar bahasa cina dan belajar subjek2 lain dengan bahasa ibunda sendiri? Bukanlah sekolah Cina tidak mengajar Bahasa Malaysia! Bahasa Malaysia adalah subjek yang wajib di sekolah-sekolah Cina!

Kenapa kaum Tiong Hua di Malaysia begitu mementingkan sekolah Cina? Itu kerana kepentingan pendidikan Cina itu bagaikan pendidikan Islam kepada kaum Melayu di Malaysia! pendidikan Cina bukan setakat belajar Bahasa Cina sahaja, tetapi juga belajar ilmu-ilmu dan kebijaksanaan yang diturunkan daripada nenek-moyang. Ilmu-ilmu dan kebijaksanaan itu merupakan "pendidikan agama" bagi kaum Tiong Hoa sebab Confucianism ini walaupun tidak dianggap sebagai sesuata Agama tetapi ia mengakui kewujudan Tuhan dan memupuk nilai murni di kalangan orang sebab menjadi orang yang bernilai murni merupakan perbuatan yang disukai oleh Tuhan! Dan banyak ilmu-ilmu bagi nenek moyang kaum Tiong Hoa selalunya mempunyai unsur-unsur Confucianism.

Kebanyakan kaum Tiong Hoa di Malaysia ini menganggap mereka sebagai penganut agama Buddha tetapi ini bukan fakta. Faktanya kebanyakan adalah penganut Confucianism, Taoism dan Buddhism! Dan disebabkan Confucianism ini tidak dianggap sesuatu agama jadi jarang ada orang menyebut kepentingan Confuninism di Malaysia ini.

Sekarang kalian dah tahu kenapa kalau ada subjek Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan pun tidak dapat menggalakan kaum Tiong Hoa belejar di sekolah kebangsaan sebab yang saya dah katakan di atas, pendidikan Cina bukan setakat belajar Bahasa Cina sahaja. Harap Maklum.

星期二, 七月 15, 2014

Dong Zong dan PERKASA Bukan Sama Serupa

Saya rasa ada ramai orang lagi yang tidak faham apa itu Dong Zong dan mereka ingat Dong Zong ini macam "PERKASA bagi kaum Tiong Hoa".

Namun faktanya Dong Zong bukanlah PERKASA.

Dong Zong adalah terdiri daripada lembaga sekolah-sekolah Cina Malaysia. Maksud sekolah cina ialah Sekolah Persendirian Cina dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

Misi Dong Zong adalah untuk memastikan kedudukan pendidikan bahasa Cina di Malaysia kukuh dan terbebas daripada ancaman-ancaman dari pihak extremis yang tidak menyukai idea Pluralism dan yang berpendapat bahawa hanya satu bahasa saja yang dapat menyatukan semua rakyat Malaysia.

Pihak expremis sentiasa ingin menghapuskan pendidikan bahasa-bahasa lain untuk memastikan rakyat Malaysia hanya mengetahui satu bahasa sahaja iaitu bahasa Malaysia. Bagi pihak extremis, bahasa-bahasa lain macam bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban dan lain-lain adalah halangan bagi perpaduan pelbagai kaum di Malaysia ini.

Pihak extremis telah mengabaikan satu fakta yang penting, iaitu nasib kaum Tiong Hoa di Indonesia. Waktu pentadbiran Suharto, pendidikan dan pengunaan bahasa Cina adalah diharamkan oleh kerajaan Suharto selama >30 tahun. Polisi ini dilaksanakan sehingga presiden Abdurrahman Wahid  memulihkan kedudukan Bahasa Cina di Indonesia.

Jadi ramai kaum Tiong Hoa terutamanya generasi baru di Indonesia sudah tidak tahu langsung bahasa Cina dan mereka sudah lama berbahasa Indonesia meskipun masa di rumah. Namun begitu, peristiwa yang melanggar ajaran Al-Quran seperti memperkosa, membunuh, merebut harta kaum Tiong Hoa masih berlaku pada tahun 1998 dan hanya kaum Tiong Hoa yang menjadi sasaran walaupun bila mereka faish bertutur dalam bahasa Indonesia.

Peristiwa anti kaum Tiong Hoa yang berlaku di Indonesia telah membukti bahawa bercakap bahasa yang sama tidak dapat menyelesaikan isu perkauman. Sebab adalah mustahil untuk semua orang berfikiran sama. Setiap orang individu yang berfikiran sendiri, bertutur bahasa yang sama tidak boleh menyatukan fikiran semua orang.

Tumpuan Dong Zong adalah pada kedudukan bahasa Cina, itu sahaja. Dong Zong mengakui  kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Negara, jadi Dong Zong tidak pernah membantah pendidikan Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah Cina. Sebenarnya pendidikan Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah Cina adalah amat lengkap.

Memperjuang untuk bahasa Cina bukanlah tindakan yang bersifat perkauman atau racist. Bahasa Cina bukanlah apa, cuma satu bahasa sahaja. Ada kaum Tiong Hoa yang tidak memahami langsung Bahasa Cina. Jadi bahasa Cina bukan mewakili kaum Tiong Hoa.

Sebenarnya, mana mana satu kaum pun boleh memasuki ke sekolah-sekolah Cina. Tambahan pula pelajar-pelajar sekolah Cina masih dapat belajar Bahasa Melaysia dan Bahasa English.

Pada masa kini, >10% daripada pelajar-pelajar sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina adalah kaum bukan Tiong Hoa. Ini membukti sekolah-sekolah Cina tidak pernah melarang kaum lain untuk belajar di sekolah Cina. Sekolah Cina bukan Sekolah MARA.

Saya harap pihak extremis jangan mempermainkan isu ini lagi.



星期五, 二月 14, 2014

Chap Go Meh (Malam ke Lima Belas)

Biasanya Hari Chap Goh Meh melambangkan penamatan bagi Tahun Baru Cina (Lunar New Year). Chap Goh Meh ditulis dalam Bahasa Cina ialah 十五瞑. Tulisan itu kalau dibaca dalam Bahasa Mandarin ialah Shi Wu Ming. Chap Goh Meh adalah pembacaan dalam Bahasa Hokkien. Maksud Chap Goh Meh ialah waktu malam hari ke lima belas. Ya betul, memang hari Chap Goh Meh merupakan hari ke lima belas bagi Tahun Baru Lunar.

Biasanya orang ramai akan main Tang Lung pada waktu malam Chap Goh Meh. Bagi mereka yang masih bujang, mereka boleh memain pelbagai permainan seperti membaling Mandarin Orange ke sungai. Mereka akan menulis nama mereka dan cara untuk berhubung dengan mereka atas Mandarin Orange dan lepas itu membaling Mandarin Orange itu ke sungai. Kepada mereka yang mengutip Mandarin Orange dari sungai , adalah terpulang kepada mereka sama ada mahu menghubung pembaling.

Bari Orang Johor Bahru, Tahun Baru Lunar berakhir selepas Persembahan Dewa-Dewi Kuil Johor Lama. Perayaan itu biasanya disambut pada hari ke dua puluh lebih Tahun Baru Lunar.

Di sini saya menbuat satu puisi lagi untuk Hari Chap Goh Meh.

Dah sampailah Hari Chap Goh Meh,
Tetapi hati masih di Hari Pertama,
Musim Perayaan memang singkat sekali,
Harap sangat dapat terus berulang lagi


星期一, 二月 10, 2014

Bai Ti Gong (Sembahyang kepada Tuhan)

Perayaan Bai Ti Gong adalah banyak popular di kalangan Kaum Hokkien Tiong Hua tetapi sekarang pun disambut oleh Hakka, Katonis dan lain lain.

Maksud Bai Ti Gong ialah Sembahyang Kepada Tuhan Yang Maha Mulia.

Bai Ti Gong dalam Bahasa Cina adalah ditulis sebagai 拜天公. Perkataan ini kalau dibaca dalam bahasa Mandarin ialah Bai Tian Gong, dibaca dalam Bahasa Hokkien pula adalah Bai Ti Gong.

Sempena meyambut peraayaan Bai Ti Gong. Saya telah mencipta satu puisi di bawah: 

Waktu dah masuk tengah malam,
Bunyi letupan mercun disana sini,
Buah-buahan, kuih-muih di atas meja,
Ti Gong Kim dibakar di depan rumah,
Ambil colok menghadap langit,
Semua ini tanda bersyukur kepada Tuhan


星期六, 二月 01, 2014

Tahun Baru Cina(Lunar New Year) pada tahun 2014

Tahun Baru Cina sepatutnya dipanggil Lunar New Year sebab bukan sahaja orang Tiong Hua yang meyambut hari perayaan ini. Contohnya ada orang asli golongan Jakon di Labis Johor yang juga menyambut Tahun Baru Lunar yang mereka katakan ini tradisi nenek moyang mereka. Mereka pun ada makan Reunion Meal pada hari Tahun Baru Eve, mereka pun ada membersihkan and mehiaskan rumah mereka, sama dengan Kaum Tiong Hua di sini. Orang Korea dan kaum-kaum lain pun ada menyambut Tahun Baru Lunar. Dulu Orang Jepun pun menyambut Tahun Baru Lunar juga tetapi selepas Perang Dunia Kedua orang Jepun telah pun memindah hari perayaan ini ke haribulan 1 January setiap tahun.

Sempena Tahun Baru Cina, saya telah menghasilkan satu sajak untuk menerangkan suasana tahun baru cina di Malaysia. Suasana Tahun Baru Cina di negara China memang tidak sama dengan suasana di Malaysia. Cuaca di tanah besar China itu saya rasa sekarang pun sejuk sekali. Malaysia tidak ada empat musim sepertu di tanah besar China. Sejak dilahirkan, setiap kali saya menyambut Tahun Baru Cina cuaca pun panas sekali, sinar mata hari pun serik sekali.

Di bawah ialah sejak saya:

Serpihan kertas merah merata-rata,
Bunyi bunga api berkali-kali,
Kawasan perdagangan bersenyap sunyi,
Muka orang ramai berseri-seri

@segamat, johor

Di sini memang banyak orang suka memain mercun pada Tahun Baru Cina Eve, jadi serpihan kertas merah itu hasil darpida selepas mercun habis menyala.Banya kedai tidak berniaga, jadi semua jalan-jalan yang sangat sibuk pada hari biasa pula senyap sunyi pada tahun baru cina.

星期三, 六月 19, 2013

Yaya satu bahasa satu negara dan Malaysia akan terus Boleh

Yang pertama sekali, kita mansuhkan sekolah aliran.

Kalau nak hapuskan sekola yang pelbagai aliran senang saje, tapi kena pinjam Bahasa Inggeris dulu.

Bahasa Inggeris itu akan memain peranan sebagai satu senjata untuk menubuhkan sekolah sekolah aliran Inggeris, seterusnya kaum Tiong Hua di Malaysia ini akan menghantar anak anak mereka ke sekolah tersebut sebab Bahasa Inggeris itu banyak kaum tiong hua yang CINTA.

Sekolah aliran Inggeris itu pun tidak perlulah ajar bahasa ibunda pun sebab ajar pun membazirkan masa saje sebab kalau murid-murid tidak dapat belajar subjek-subjek dengan bahasa ibunda apa gunanya bahasa ibunda? Lagipun banyak kaum Tiong Hua pun lebih cinta Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa 'Karyawan'. Mereka berpandangan kalau dapat Bahasa Inggeris mereka bagus maka status mereka adalah sama dengan orang putih di Asia. Kita pun tahu bahawa orang putih banyak disanjung tinggi oleh banyak orang Asia.

Lepas itu kita samakan semua rakyat dengan satu agama sebab penggunaan bahasa yang sama pun tidak terjamin akan menghapuskan semua gap-gap di antara orang Malaysia ini. Tengok rakyat Thailand rakyat Indonesia dia orang masih hari hari bergaduh. Dan Kaum Tiong Hua in Indonesia pun kena dibunuh ramai-ramai pada tahun 1999 walaupun nama mereka and bahasa mereka tidak berbeza dengan kaum-kaum yang lain di Indonesia. Jadi saya fikir mestilah warna kulit atau agama yang berbeza yang menyebabkan mereka dibunuh. Oleh sebab itu semua rakyat Malaysia kena menganut agama Islam untuk memastikan semua kaum boleh bergaul mesra dengan bahasa dan agama yang sama.

Ok semua sudah ready. Sekarang kita pasti dapat menjadi sekuat negara Jepun sebab rakyat sudah bersatu dengan bahasa ibunda dan agama yang sama. Rakyat akan berpendapat sama tidak ada pendapat yang lain lagi. Seterusnya dengan bijaksana dan kemampuan peminpin-peminpin kita ini, kita dapat enjoy beli barang-barang dengan harga yang murah sebab negara kita sudah kuat nilai Ringgit kita sudah menaik banyak-banyak.

Terakhir sekali kita halaukan Bahasa Inggeris bahasa penjajah dari negara kita dan terus mencapai Merdeka yang benar.

Malaysia terus Boleh!

星期四, 六月 13, 2013

MalaysiaN tentu Boleh!

Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa cara yang paling berkesan untuk mununtut ilmu ialah belajar dengan bahasa ibunda. 

Saya rasa itu sebabnya kerajaan membatalkan Program Pengajaran Sains and Matematik dengan Bahasa Inggeris pada tahun 2009. Keputusan kerajaan ini amat betul kerana Bahasa Inggeris itu memang bukan bahasa ibunda bagi mana mana satu kaum pun di negara kita ini. 

Kalau nak belajar Sains dengan Bahasa Inggeris, pelajar kena mengambil dua langkah, pertama sekali pelajar kena menguasai Bahasa Inggeris dulu, kemudian baru pelajar boleh belajar ilmu Sains dan Matematik . Kalau kita tengok pelajar Amerika Syarikat, mereka hanya  perlu mengambil satu langkah sahaja. Mereka tidak payah susah-payah menguasai Bahasa Inggeris dulu sebab bahasa itu sudah merupakan bahasa ibunda mereka.

Bahasa Inggeris dikenali sebagai Bahasa Ilmu tetapi adakah semua ilmu di dunia boleh dibelajari dengan Bahasa Inggeris sahaja? Banyak konsep-konsep dan terminology yang terdapat dalam pelbagai bahasa di dunia. Adalah perkara yang mustahil bagi Bahasa Inggeris untuk menerangkan konsep-konsep dan terminology dalam bahasa-bahasa lain dengan tepat. 

Saya rasa kreativiti and pemikiran kritikal itu lebih penting daripada penguasaan bahasa bukan ibunda. Kalau seseorang itu berfikiran kritikal, dalam masa yang singkat orang itu sudah dapat mencari punca bagi satu masalah dengan menggunakan cara-cara kritikal. Dan fikiran yang kreatif boleh membantu seseorang untuk menyelesai masalah. Kedua-dua kemahiran itu langsung tidak ada kena-mena dengan penguasaan Bahasa Inggeris

Belajar bahasa Inggeris itu hak seseorang. Saya hanyak rasa status bahasa Inggeris itu terlalu tinggi sehingga ramai orang berpendapat bahawa kalau tidak tahu bahasa Inggeris maka tidak ada langsung saluran lain untuk belajar ilmu. 

Malaysian tentu Boleh! 









星期日, 六月 09, 2013

Kita tidak pernah Merdeka

Sudah lama saya tidak berkarangan dalam Bahasa lepas SPM. SPM itu pun yang sudah sepuluh tahun yang lalu. Jadi saudara-saudari di sana tolong jangan ketawakan saya. Tolong memberi doa kepada saya supaya saya boleh terus berkarangan dalam Bahasa dan makin cekap menulis karangan dalam Bahasa.

Saya inging memberitahu saudara-saudari bahawa kita rakyat Malaysia ini tidak pernah MERDEKA! Kita tidak pernah bebas daripada cengkamam penjajahan! 

Kita masih dijajahi oleh Bahasa Inggeris! 

Ini jelas dilihat sekali. Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kepada mana-mana satu kaum pun di negara ini. Bahasa Inggeris itu bahasa yang ditinggalkan oleh Pihak Penjajah. Fenomena ini semakin serius dengan perkembangan Globalisasi. Kita masih banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam banyak sektor pada masa hari ini. Cuba saudara-saudari fikirkan, kita sebagai rakyat Malaysia, tentulah pernah belajar Bahasa Kebangsaan. Walaupun selain daripada sekolah kebangsaan, kita ada pelbagai jenis sekolah, tetapi yang saya boleh 'confirm', semua sekolah vernekular pun ada mengajari Bahasa Kebangsaan di semua darjah. Jadi sepatutnya hampir semua orang Malaysia boleh memahami Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya Bahasa Kebangsaan, bukannya Bahasa Inggeris, yang wajib menjadi Lingua Franca bagi semua rakyat Malaysa ini. Masa dulu atuk-atuk kaum Tiong Hua di Malaysia sudah lama tahu berkomunikasi dengan kaum lain dalam Bahasa Kebangsaan, cuma ayat dan perkataan tidak beberapa betul sahaja, dan 'accent' pun lain. Tapi semua bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Mandain pun menpunyai pelbagai 'accent'. Ini perkara yang biasa sahaja kalau sesuatu bahasa nak maju ke tahap antarabangsa. 

Ya masa sekarang ini ada orang yang masih tidak bagus dalam Bahasa Kebangsaan, tetapi ini bukan pasal dia orang tidak suka Bahasa Kebangsaan, itu sebab mereka tidak pernah ada peluang menggunakan Bahasa Kebangsaan lepas bersekolahan. Di kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka betutur dalam bahasa ibunda, pada masa kerja mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, jadi bila dia orang dapat mengguna Bahasa Kebangsaan? Lagipun penguasaan bahasa juga memerlukan seditkit bakat. Kemahiran bahasa  merupakan salah satu "Intelligence". Salain daripada IQ, EQ, ada banyak Q lagi, salah satu ialah "Linguistic Intelligence". Hari ini, banyak sektor-sektor swasta ini banyak mementingkan Bahasa Inggeris. Itu menyebabkan banyak pekerja kena berusaha dalam menguasai Bahasa Inggeris. 

Tetapi adakah semua kerja memerlukan orang yang pandai dalam Bahasa Inggeris ini? Jawapannya tentulah tidak. Kalau seseorang itu ingin belajar bahasa asing, itu pilihan dan hak orang itu sebab ini negara demokrasi, tetapi kerajaan tolong jangan mewajibkan semua orang itu belajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Saudara-saudari mesti tahulah betapa banyaklah masa dan usaha yang diambil untuk belajar sesuatu bahasa. Sebernanya kita boleh menjimatkan masa yang belajar bahasa asing ini untuk belajar ilmu-ilmu yang lebih penting. Baguslah orang-orang yang bahasa ibunda Bahasa Inggeris sebab mereka boleh menuntut ilmu dengan bahasa ibunda. Mereka tidak perlu mengambil usaha untuk belajar bahasa asing. Memang perkara yang indah kalau kita boleh menguasai banyak bahasa, tetapi itu terpulang kepa kita diri sendiri, bukan ditentukan oleh pihak lain. 

Fakta sekarang ini adalah kita masih dikuasai oleh Bahasa Inggeris. Jadi perubahan kena dilakukan secara perlahan-lahan supaya boleh mengelakkan kerugian kepada negara ini dalam proses perubahan.