星期六, 二月 07, 2015

Kenapa ada Kaum Tiong Hoa tidak betutur Bahasa dengan fasih

Indonesia bukan contoh yang baik sebagai "Satu Negara, Satu Bahasa". Selama berpuluh puluh tahun mereka melarang penggunakan bahasa ibunda dengan cara zalim. Dan ia tidak membantu perpaduan kaum langsung. Pada tahun 1998, ramai Kaum Tiong Hoa telah dibunuh walaupun kebanyakan mereka sudah tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda sendiri.

Itu sebabnya apabila Gus Dur menjadi Presiden, beliau terus membatalkan larangan bahasa Tiong Hoa. Gus Dur sendiri pun tahu bahawa larangan itu tidak berperikemanusian. Beliau sebagai tokoh agama memang tidak berat hati nak meneruskan polisi yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sekarang pendidikan bahasa Tiong Hoa sudah berkembang cepat di Indonesia.

Kita dapat lihat apabila Indonesia tidak main konservatif lagi, ekonomi mereka berkembang dengan cepat. Itulah "The Power of Pluralism".


Kita tidak boleh asyik bandingkan negara kita dengan Indonesia. Kita banyak kali berjaya daripada Indonesia dalam apa-apa bidang pun.

Di antara negara ASEAN, kita hanya di belakang singapore. Sebab dari zaman merdeka sampai
sekarang, kita adalah masyarakat yang Plural (walaupun ramai Orang Nasionalis tidak suka dengan ini).

Indonesia merdeka dengan perperangan, manakala kita merdeka dengan perundingan.

Cara Indonesia sudah dibuktikan tidak berkesan. Disebabkan pengunaan cara yang salah, Indonesia dipimpin oleh diktator dan telah mundur selama berpuluh-puluh tahun. Indonesia hanya mulai nak berterbang semasa zaman pemerintahan Susilo. 


Bahasa adalah digunakan untuk kemudahan, bukan digunakan untuk melambangkan satu negara. Masa Kesultanan Melaka, Bahasa menjadi Lingua Franca dengan secara natural atau organik, bukan kerana ia diberi status bahasa kebangsaan.

Tapi saya boleh pasti bahawa setiap kaum Tiong Hoa mengetahui bahawa adalah suatu perkara yang bermanfaat kalau mereka dapat menguasai sebanyak bahasa yang mungkin. Tetapi ini bukan perkara yang mudah. Bukan semua orang dapat belajar bahasa asing dengan cepat.

Salah satu sebab kaum Tiong Hoa tidak dapat bertutur bahasa dengan fasih adalah mereka tidak berpeluang utk menggunakan BM sejak keluar dari sekolah menengah. Kebanyakan kaum tiong hoa mencari makan di sektor swasta dan sektor swasta sering menggunakan English sebagai bahasa pekerjaan.

Bagi kaum Tiong Hoa yg bekerja di sektor awam atau GLC, mereka dapat bertutur BM dengan baik sebab mereka hari-hari menggunakan bahasa itu. Tetapi tidak ramai kaum Tiong Hoa yang berpeluang memasuki sektor awam dan GLC sebab kebanyakan jawatan kosong adalah "reserved" untuk kaum bumiputra sahaja.

Bagi kaum Melayu, bertutur dalam BM adalah suatu perkara yang natural sebab BM merupakan bahasa ibunda mereka. Jadi kalau kaum melayu berkerja di sektor swasta yang menggunakan English, pun tidak apa, ia tidak akan menjejaskan tahap kemahiran BM mereka.


Soalan kaum Tiong Hoa tidak ingin belajar Bahasa itu tidak wujud. Mana-mana jenis sekolah tempatan pun diwajibkan oleh kerajaan untuk mengajar Bahasa Malaysia. Mungkin cara pelajaran itu kena diubah sikit supaya lebih mementingkan Pertuturan daripada Pembacaan dan Penulisan.

Pelajar yang bahasa ibundanya bukan BM (termasuk Iban, Kadazan DLL) haruslah diajar BM dengan teknik "Second Language". Teknik ini sudah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar di bidang pengajaran. Teknik ini pun sedang digunakan di banyak negara.

Selain daripada itu, BM harus dijadikan Bahasa Ilmu, bukan setakat di Bidang Islam sahaja, tetapi di bidang lain seperti sains mode, agama lain, falsafah barat DLL. Bila BM sudah menjadi kuat, maka sektor swasta akan mulai menggunakan BM dengan lebih kerap. Dan pada masa itu BM akan berpeluang untuk menggantikan kedudukan English di sektor swasta.

Di samping tu, kerajaan harus mengurangkan ketidakpuashatian kaum Tiong Hoa dengan membantu rakyat secara buta kaum. Kerajaan juga harus mengambil lebih pekerja awam kaum bukan bumi.

Jarak BM dengan English memang besar sekali, jadi dalam masa yang singkat ini kita tidak dapat melihat perubahan yang besar. Tetapi kita boleh mulai dengan mengubah cara pengajaran BM dulu. (kepada mereka yang tidak cakap BM di rumah)

 
Pada pengetahuan saya, waktu kita merdeka, sebahagian besar ekonomi kita masih terdapat di tangan "foreign capital" selama 70%! (Saya adalah merujuk kapada statistik dalam buku - Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan).  Syarikat-syarikat besar masa itu semua dari luar negara.

Selepas kejaraan mulai beruntung besar daripada jualan Petroleum, kerajaan telah berjaya "menasionalkan" semula semua aset-aset yang terdapat di tangan syarikat luar negara itu.

Jadi pihak yang menguasai ekonomi negara kita sekarang ialah semua GLCs.

Bagi kaum Tiong Hoa, sejak dulu sampai sekarang keadaan tidak berubah, tidak menjadi lebih teruk tapi tidak menjadi lebih baik juga. Sebahagian besar kaum Tiong Hoa masih terperangkap dalam bidang SME( Small to Medium Enterprise)


Ada orang yang mengatakan bahawa Kaum Tiong Hoa tidak suka bersyukur kepada kerajaan.  

Bersyukur itu memang salah satu nilai murni kaum Tiong Hoa.

Kaum Tiong Hoa biasanya bersyukur kepada Tuhan, kepada dewa-dewi, kapada ibu bapa, kawan-kawan, pekerja-pekerja DLL, cuma tidak biasa bersyukur kepad kerajaan. Peranan kerajaan adalah untuk mengendalikan negara dengan
baik. Tetapi apa yang berlaku ialah kerajaan suka memainkan isu perkauman. Kadang kala strategi kerajaan hanyalah untuk membantu satu kaum sahaja, kaum lain semua tidak dapat bantuan yang sama. Dengan begitu mustahil kaum tiong hoa nak menghormati kerajaan, sebab semua orang tahu bahawa semua kaum ada orang yang memerlukan bantuan.

Bersyukur ini dari hati kita.


1) Kita tidak boleh memaksa seseorang itu bersyukur. Itu bukan syukur yang ikhlas.
2) Kita harap seseorang itu bersyukur, tetapi kita tidak rasa "shiok" jika orang itu tidak bersyukur dan kita nak menghukum orang itu sebab dia tidak bersyukur. Ini tidak betul. Ini kita panggil paksaan.


没有评论:

发表评论