Ajaran Buddha ini fokus dalam mencari diri-sendiri yg benar. Dan diri sendiri yg benar adalah Tuhan.
Cuba bayangkan Tuhan ialah Lautan, dan diri sendiri benar kita ini titisan dari Lautan, jika kita dapat mencari diri sendiri yg benar,
maka kita dapat mencari Tuhan.
Tuhan ada dalam diri kita, tapi kita
perlu membuat latihan minda melalui meditasi. Islam bertujuan yg
sama dengan cara berdoa atau "Sufi-whirling". Confucianism pun bertujuan yg sama dengan cara mengawasi reaksi sendiri terhadap setiap peristiwa. Christian pun bertujuan yang sama dengan cara berdoa juga.
Kalau kita
hanya fokus dalam cara-cara mendekati Tuhan, maka tiada perbezaan lagi di antara
agama. Sekarang perbezaan ditekan kerana kita terlalu fokus benda
luaran seperti "sejarah agama tidak sama lah" , "asal usul agama tidak sama lah", "tempat sembahyang agama tidak sama
lah", dan lain-lain. Jadi adalah orang yang selalu berpendapat bahawa agama dia yang paling betul, yang satu-satunya yang boleh membawa "Truth" , dan agama yang lain semuanya sesat dan terpesong.
Adakah ini semua penting untuk manusia?
没有评论:
发表评论