Tuhan
itu Tuhan.
Tuhan akan tetap berada di sana tanpa segala agama.
Semua
agama ciptaan manusia.
Apa yang manusia perlu tahu ialah cara-cara untuk
mendekati Tuhan.
Cara-cara untuk mendekati Tuhan mungkin boleh diperolehi dari buku, tetapi kita sendiri perlu melatih juga.
Lama-kelamaan kita tentu akan boleh merasai "Tuhan" kalau lama melatih cara-cara mendekati Tuhan.
Tetapi
tidak mungkin kita dapat mengenali 100% Tuhan sebab kita hidup dalam 3
Dimensi, Tuhan mestilah wujud di Frekunsi dan Dimensi yang lebih
tinggi. Hanya di Dimensi yang lebih tinggi kita dapat melihat SEMUA
kejadian di SEMUA masa. Cuba bayangkan kita sebagai semut yang sedang merangkak dari tempat A ke tempat B, dan Tuhan adalah seorang manusia yang dapat melihat kita merangkak.
Yang malang sekali, ramai orang melihat agama sebagai "permainan monopoli".
Kalau kawan-kawan dia menukar agama dan masuk agama dia, dia rasa syok
dan dia rasa sudah "menang"! Kalau kawan-kawan dia keluar dari agama dia, dia
akan rasa "upset" sehingga tendang kawan itu! Adui!
Kalau
sendiri rajin melatih dan dapat menyaksikan keindahan yang dikurniakan oleh
Tuhan, itu rezeki sendiri. Adalah tidak bijaksana beremosi bila kawan
keluar/masuk agama sendiri.
Kalau
seseorang betul-betul percaya kepada Tuhan, walaupun satu hari semua orang
dah meninggalkan agama dia, dia tetap akan terus mempercayai agama dia.
Inilah
penganut yang betul-betul ikhlas!
Tuhan = God = Pencipta dunia ini yang tiada orang dapat membukti kewujudanNya. (kita hanya boleh percaya atau tidak percaya).
Agama = Organisasi. Sesiapa yang masuk organisasi agama ini dapat belajar ajaran agama dan cara-cara mendekati Tuhan secara berkumpulan.
Belajar secara berkumpulan merupakan perkara yang baik sebab lebih berkesan.
Dalam organisasi agama, terdapat orang yg dilihat lebih pandai
daripada orang lain dalam memahami ajaran dan cara-cara mendekati Tuhan, jadi orang yang
"lebih pandai" ini akan menjadi guru atau tokoh agama.
Ini
tidak baik untuk mereka yang bukan tokoh sebab mereka akan malas memikir dan
selalu bergantung kapada tokoh-tokoh agama dalam pelajaran agama.
Kita mesti
tahu setiap manusia dianugerahkan oleh Tuhan kemahiran untuk memikir
secara radional , adalah amat membazir jika manusia tidak menggunakan
kemahiran ini.
Dalam organisasi agama, disebabkan terdapat ramai member, maka wujudnya
politik, jadi tokoh-tokoh agama terpaksa mencipta peraturan-peraturan untuk "maintain the order". Tetapi sampai sekarang manusia masih gagal mencari cara yg berkesan untuk
menghapuskan isu politik dalam agama.
Setiap organisasi besar mesti
ada politik. Tokoh-tokoh pun manusia juga, ada yang baik ada yang tidak baik (melainkan mereka yang boleh menerima mesej dari Tuhan tetapi bila
"messengers" sudah meninggal maka timbulah masalah seperti pengikut yg
terdekat dengan "messengers" memanipulasi ajaran guru dengan tujuan untuk memuaskan nafsu
sendiri terutamanya nafsu dalam kuasa dan nama. Salah satu contoh adalah St. Paul yg
dikata memanipulasi ajaran Jesus Kristo. Terdapat banyak lagi contoh
tersebut di agama lain juga).
Apa
yang saya ingin kata ialah, agama pada mulanya bertujuan "belajar ajaran
dan cara-cara mendekati Tuhan secara berkumpulan". Tetapi malangnya selepas bilangan
member di organisasi agama bertambah, ramai "member" telah terlupa kepengtingan belajar dan
melatih, "instead" mereka sering semak "member" lain sama ada mereka ada ikut peraturan agama?
ada buat salah kepada organisasi? mereka beremosi dengan benda-benda yang tidak penting dan
tiada kena-mena dengan menguatkan tahap rohani mereka. Mereka malas
berfikir rasional dan menyerah interpretasi ajaran kepada orang lain.
没有评论:
发表评论