用贝宝PayPal取得

Kita tidak pernah Merdeka

Sudah lama saya tidak berkarangan dalam Bahasa lepas SPM. SPM itu pun yang sudah sepuluh tahun yang lalu. Jadi saudara-saudari di sana tolong jangan ketawakan saya. Tolong memberi doa kepada saya supaya saya boleh terus berkarangan dalam Bahasa dan makin cekap menulis karangan dalam Bahasa.

Saya inging memberitahu saudara-saudari bahawa kita rakyat Malaysia ini tidak pernah MERDEKA! Kita tidak pernah bebas daripada cengkamam penjajahan! 

Kita masih dijajahi oleh Bahasa Inggeris! 

Ini jelas dilihat sekali. Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kepada mana-mana satu kaum pun di negara ini. Bahasa Inggeris itu bahasa yang ditinggalkan oleh Pihak Penjajah. Fenomena ini semakin serius dengan perkembangan Globalisasi. Kita masih banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam banyak sektor pada masa hari ini. Cuba saudara-saudari fikirkan, kita sebagai rakyat Malaysia, tentulah pernah belajar Bahasa Kebangsaan. Walaupun selain daripada sekolah kebangsaan, kita ada pelbagai jenis sekolah, tetapi yang saya boleh 'confirm', semua sekolah vernekular pun ada mengajari Bahasa Kebangsaan di semua darjah. Jadi sepatutnya hampir semua orang Malaysia boleh memahami Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya Bahasa Kebangsaan, bukannya Bahasa Inggeris, yang wajib menjadi Lingua Franca bagi semua rakyat Malaysa ini. Masa dulu atuk-atuk kaum Tiong Hua di Malaysia sudah lama tahu berkomunikasi dengan kaum lain dalam Bahasa Kebangsaan, cuma ayat dan perkataan tidak beberapa betul sahaja, dan 'accent' pun lain. Tapi semua bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Mandain pun menpunyai pelbagai 'accent'. Ini perkara yang biasa sahaja kalau sesuatu bahasa nak maju ke tahap antarabangsa. 

Ya masa sekarang ini ada orang yang masih tidak bagus dalam Bahasa Kebangsaan, tetapi ini bukan pasal dia orang tidak suka Bahasa Kebangsaan, itu sebab mereka tidak pernah ada peluang menggunakan Bahasa Kebangsaan lepas bersekolahan. Di kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka betutur dalam bahasa ibunda, pada masa kerja mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, jadi bila dia orang dapat mengguna Bahasa Kebangsaan? Lagipun penguasaan bahasa juga memerlukan seditkit bakat. Kemahiran bahasa  merupakan salah satu "Intelligence". Salain daripada IQ, EQ, ada banyak Q lagi, salah satu ialah "Linguistic Intelligence". Hari ini, banyak sektor-sektor swasta ini banyak mementingkan Bahasa Inggeris. Itu menyebabkan banyak pekerja kena berusaha dalam menguasai Bahasa Inggeris. 

Tetapi adakah semua kerja memerlukan orang yang pandai dalam Bahasa Inggeris ini? Jawapannya tentulah tidak. Kalau seseorang itu ingin belajar bahasa asing, itu pilihan dan hak orang itu sebab ini negara demokrasi, tetapi kerajaan tolong jangan mewajibkan semua orang itu belajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Saudara-saudari mesti tahulah betapa banyaklah masa dan usaha yang diambil untuk belajar sesuatu bahasa. Sebernanya kita boleh menjimatkan masa yang belajar bahasa asing ini untuk belajar ilmu-ilmu yang lebih penting. Baguslah orang-orang yang bahasa ibunda Bahasa Inggeris sebab mereka boleh menuntut ilmu dengan bahasa ibunda. Mereka tidak perlu mengambil usaha untuk belajar bahasa asing. Memang perkara yang indah kalau kita boleh menguasai banyak bahasa, tetapi itu terpulang kepa kita diri sendiri, bukan ditentukan oleh pihak lain. 

Fakta sekarang ini adalah kita masih dikuasai oleh Bahasa Inggeris. Jadi perubahan kena dilakukan secara perlahan-lahan supaya boleh mengelakkan kerugian kepada negara ini dalam proses perubahan. 




评论

此博客中的热门博文

東甲炒蝦面 Fried Prawn Mee @ Tangkak

大城堡的 Le Pont Boulangerie et Cafe@Sri Petaling

巴生大肥麵粉糕 Fatty Mee Hoon Ker @ Klang