Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa cara yang paling berkesan untuk mununtut ilmu ialah belajar dengan bahasa ibunda.
Saya rasa itu sebabnya kerajaan membatalkan Program Pengajaran Sains and Matematik dengan Bahasa Inggeris pada tahun 2009. Keputusan kerajaan ini amat betul kerana Bahasa Inggeris itu memang bukan bahasa ibunda bagi mana mana satu kaum pun di negara kita ini.
Kalau nak belajar Sains dengan Bahasa Inggeris, pelajar kena mengambil dua langkah, pertama sekali pelajar kena menguasai Bahasa Inggeris dulu, kemudian baru pelajar boleh belajar ilmu Sains dan Matematik . Kalau kita tengok pelajar Amerika Syarikat, mereka hanya perlu mengambil satu langkah sahaja. Mereka tidak payah susah-payah menguasai Bahasa Inggeris dulu sebab bahasa itu sudah merupakan bahasa ibunda mereka.
Bahasa Inggeris dikenali sebagai Bahasa Ilmu tetapi adakah semua ilmu di dunia boleh dibelajari dengan Bahasa Inggeris sahaja? Banyak konsep-konsep dan terminology yang terdapat dalam pelbagai bahasa di dunia. Adalah perkara yang mustahil bagi Bahasa Inggeris untuk menerangkan konsep-konsep dan terminology dalam bahasa-bahasa lain dengan tepat.
Saya rasa kreativiti and pemikiran kritikal itu lebih penting daripada penguasaan bahasa bukan ibunda. Kalau seseorang itu berfikiran kritikal, dalam masa yang singkat orang itu sudah dapat mencari punca bagi satu masalah dengan menggunakan cara-cara kritikal. Dan fikiran yang kreatif boleh membantu seseorang untuk menyelesai masalah. Kedua-dua kemahiran itu langsung tidak ada kena-mena dengan penguasaan Bahasa Inggeris
Belajar bahasa Inggeris itu hak seseorang. Saya hanyak rasa status bahasa Inggeris itu terlalu tinggi sehingga ramai orang berpendapat bahawa kalau tidak tahu bahasa Inggeris maka tidak ada langsung saluran lain untuk belajar ilmu.
Malaysian tentu Boleh!